Congakan mata bagi laluan Sabah FA ke Liga Super 2020

Kedudukan Liga Perdana Malaysia 2019 setakat ini. Kredit foto: MFL Liga Perdana Malaysia 2019 memasuki fasa pertengahan pada pusingan kedua yang menyaksikan pertembungan sengit antara pasukan yang merebut kejuaraan dan kelayakan ke Liga Super 2020. Tidak kurang hebatnya juga persaingan antara pasukan yang cuba untuk keluar dari zon penyingkiran dalam usaha memastikan mereka terus bersaing dalam liga ini, musim hadapan. Artikel kali ini menyentuh tentang perjalanan Sabah FA ke Liga Super 2020 dengan berbaki enam perlawanan lagi, termasuk menentang PDRM FA, malam ini. Jika dilihat berdasarkan kedudukan Liga Perdana setakat ini (rujuk jadual di atas), persaingan merebut kejuaraan liga secara matematiknya masih terbuka kepada lapan pasukan, iaitu JDT FCII, Sabah FA, UiTM FC, Terengganu FC II, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, PDRM, dan Selangor United. Namun, baki perlawanan yang tinggal menyukarkan beberapa pasukan dalam kelompok "berpotensi juara" ini untuk mengejar...