Congakan mata bagi laluan Sabah FA ke Liga Super 2020
Kedudukan Liga Perdana Malaysia 2019 setakat ini.
Kredit foto: MFL
Mie Ismile
The Voice of Rhinos #12
Kredit foto: MFL
Liga Perdana Malaysia 2019 memasuki fasa pertengahan pada pusingan kedua yang menyaksikan pertembungan sengit antara pasukan yang merebut kejuaraan dan kelayakan ke Liga Super 2020. Tidak kurang hebatnya juga persaingan antara pasukan yang cuba untuk keluar dari zon penyingkiran dalam usaha memastikan mereka terus bersaing dalam liga ini, musim hadapan.
Artikel kali ini menyentuh tentang perjalanan Sabah FA ke Liga Super 2020 dengan berbaki enam perlawanan lagi, termasuk menentang PDRM FA, malam ini. Jika dilihat berdasarkan kedudukan Liga Perdana setakat ini (rujuk jadual di atas), persaingan merebut kejuaraan liga secara matematiknya masih terbuka kepada lapan pasukan, iaitu JDT FCII, Sabah FA, UiTM FC, Terengganu FC II, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, PDRM, dan Selangor United.
Namun, baki perlawanan yang tinggal menyukarkan beberapa pasukan dalam kelompok "berpotensi juara" ini untuk mengejar lima pasukan teratas yang lebih realistik untuk merebut gelaran tersebut. Ia sekaligus "mematikan" perjalanan mereka mencuri satu slot ke Liga Super 2020. Pasukan berpotensi ke Liga Super 2020 secara realistik yang dimaksudkan adalah Sabah FA, UiTM FC, Negeri Sembilan, dan kemungkinan Pulau Pinang boleh masuk dalam senarai ini berdasarkan kepada prestasi semasa di pusingan kedua ini. JDT FC II dan Terengganu FC II tidak akan beraksi dalam Liga Super memandangkan kedua-dua pasukan ini merupakan feeder club.
Bagaimana dengan perjalanan Sabah FA ke Liga Super 2020?
Persoalan di atas cukup menarik untuk kita ketahui jawapannya. Berikut merupakan analisis yang dilakukan oleh admin The Voice of Rhinos #12 melalui perkiraan mudah.
Tanpa mengambil kira JDT FC II dan Terengganu FC II yang tidak menggugat kedudukan ke Liga Super, serta UiTM FC yang mampu merebut salah satu daripada dua slot ke saingan tertinggi di Malaysia tersebut, kita hanya fokuskan kepada pasukan Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga kelima dengan 22 mata selepas 15 perlawanan berbanding Sabah FA yang mengumpul 28 mata setakat 14 perlawanan.
Jika Sabah memenangi perlawanan pada malam ini (bertemu PDRM), skuad Jelius Ating tersebut bakal memintas JDT FC II dengan 31 mata. Namun, ia masih belum selamat kerana Negeri Sembilan masih mampu memintas di saat akhir. Sekiranya Sabah menang tiga perlawanan (termasuk malam ini) serta seri sekali daripada enam perlawanan terakhir ini, Sabah secara automatik layak ke Liga Super. Berikut perkiraan mata secara mudah:
Sabah (14 perlawanan) = 28 mata
Negeri Sembilan (15 perlawanan)= 22 mata.
Jika liga memasuki perlawanan ke-17, dengan mengambil kira kedua-dua pasukan ini mendapat mata penuh, maka perkiraannya seperti berikut:
Sabah = 14 perlawanan (28 mata) + 3 perlawanan (9 mata) menjadikan keseluruhannya 37 mata.
Negeri Sembilan = 15 perlawanan (22 mata) + 2 perlawanan (6 mata) menjadikan keseluruhannya 28 mata.
Perbandingan mata selepas perlawanan ke-17
Sekarang, kita dapat lihat perbezaan mata antara Sabah dan Negeri Sembilan selepas perlawanan ke-17.
Sabah =37 mata
Negeri Sembilan =28 mata
Beza= 9 mata
Selepas perlawanan ke-17, terdapat 3 perlawanan lagi memperuntukkan 9 mata bagi kedua-dua pasukan (jika tidak keciciran sebarang mata). Bagi "mematikan" langkah Negeri Sembilan untuk ke Liga Super, Sabah perlu sekurang-kurangnya mendapatkan satu keputusan seri lagi untuk layak ke Liga Super. Berikut perkiraan selepas perlawanan ke-18:
Dengan mengambil kira Sabah seri dalam perlawanan tersebut dan Negeri Sembilan berjaya membawa 3 mata penuh, maka
Sabah- -37 mata + 1 mata = 38 mata
Negeri Sembilan -- 28 mata + 3 mata=31 mata.
Jika pada dua perlawanan terakhir Sabah tewas dan Negeri Sembilan memperoleh 6 mata, kedudukannya adalah seperti berikut:
Sabah =38 mata + 0 mata = 38 mata
Negeri Sembilan= 31 mata + 6 mata = 37 mata
Kedudukan mata ini mengesahkan Sabah mampu merebut slot ke Liga Super 2020. Namun, jika diambil kira tewas dua perlawanan tersebut, ia agak bahaya jika tidak mengambil kira kedudukan Pulau Pinang yang mampu mengejar kedudukan jika mereka tidak tercicir sebarang mata.
Rumusan laluan ke Liga Super:
Sabah hanya memerlukan 3 MENANG dan 1 SERI daripada 6 perlawanan terakhir ini.
Apapun perkiraannya, Sabah tidak boleh tercicir mata dalam 6 perlawanan terakhir ini. 3 menang dan 1 seri itu hanyalah perkiraan mudah untuk memastikan kedudukan Sabah tidak tergugat dalam mendapatkan slot ke Liga Super 2020.
Namun, congakan ini tidak terpakai sebagai laluan untuk Sabah muncul juara Liga Perdana 2019. Hal ini kerana ia perlu mengambil kira kedudukan JDTFC II, UiTM FC dan Terengganu FC II yang begitu rapat dalam memburu kejuaraan liga.
Doakan semoga Sabah FA menang bertemu PDRM FA malam ini seterusnya pada perlawanan-perlawanan akan datang.
Berikut jadual bagi 6 perlawanan terakhir melibatkan pasukan Sabah:
PDRM FA VS SABAH (19.6.2019)
SABAH VS SARAWAK (26.6.2019)
JDTFC II VS SABAH (5-7.7. 2019)
UiTM FC VS SABAH ( 9-10.7.2019)
SABAH VS KELANTAN (12-14.7.2019)
TERENGGANU FC II VS SABAH (19-21.7.2019)
Mie Ismile
The Voice of Rhinos #12
Comments
Post a Comment