KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL
Kredit foto: Stadium Astro
BIODATA PEMAIN
Nama: Rawilson Batuil
Panggilan: Jipun
Posisi: Pertahanan
Umur: 25 Tahun (29 April 1994)
Asal: Kota Marudu, Sabah
Nombor Jersi: 3
Rawilson Batuil atau Jipun merupakan pemain pertahanan tengah pasukan Sabah. Beliau merupakan kapten pasukan Sabah di bawah kendalian Jelius Ating sejak tahun 2017. Jipun mula menyertai pasukan junior Sabah (B-21) pada tahun 2014. Aksi pertahanan yang cukup padu setiap kali diturunkan membuatkan beliau dipanggil menyertai skuad senior Sabah pada tahun yang sama.
Pemain ini dianggap sebagai "jelmaan" Jelius Ating kerana aksinya yang cukup agresif dan seringkali menampilkan corak bertahan yang begitu ampuh bersama dengan rakan-rakan di bahagian pertahanan. Sejak Jelius Ating mengambil alih pasukan Sabah, Jipun telah menunjukkan peningkatan prestasi yang cukup ketara dan hasilnya beliau dipanggil buat pertama kali berlatih bersama pasukan kebangsaan pada bulan Mac 2018. Aksi pertamanya di peringkat antarabangsa adalah pada 10 September 2018 di mana Malaysia ketika itu menentang Kemboja dalam perlawanan persahabatan di Phnom Penh.
Selepas aksi persahabatan tersebut, nama Jipun semakit hangat diperkatakan sehingga dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan-pasukan Liga Super, termasuklah Johor Darul Ta'zim. Namun, atas semangat yang ditunjukkan serta kesetiaan kepada pasukan Sabah, akhirnya Jipun membuat keputusan untuk terus mencurahkan bakti bersama pasukan ini. Kepimpinan dan disiplin Jipun di atas padang begitu terserlah. Inilah permata yang cukup berharga buat pasukan Sabah. Semoga Jipun memberikan aksi mantap dan memastikan kawasan pertahanan dijaga dengan cukup jitu. Kapitan Jipun, apa lagi bosku...radu terus!!
-The Voice of Rhinos #12-
Comments
Post a Comment