Posts

Showing posts from December, 2019

Tahun mencabar buat Sabah FA

Image
Tahun mencabar buat Sabah FA Sekitar Majlis Menandatangani Kontrak Ketua Jurulatih Sabah yang baharu, Kurniawan Dwi Yulianto.- Kredit gambar: Datuk Peter Anthony Oleh: Mohammad Hilmi Ismail Hari ini kita memasuki Tahun 2020. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui pada tahun lalu dan diharapkan menjadi lebih baik pada tahun ini. Harapan itu juga disandarkan kepada pasukan bola sepak Sabah FA yang telah berjaya menjuarai Liga Premier 2019 sekaligus layak ke Liga Super 2020. Harus diingat bahawa saingan di peringkat Liga Super ini tidak seperti Liga Premier. Sudah pasti ia menghadirkan persaingan lebih sengit memandangkan liga ini turut disertai nama-nama besar seperti Johor Darul Takzim, Kedah, Perak, Selangor, Melaka United dan Pahang. Pasukan-pasukan ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka dibarisi pemain-pemain yang cukup berpengalaman. Namun, itu bukan alasan bagi pasukan Sabah untuk tidak memberi saingan sengit pada kali ini. Bagi pasukan Sab...