Piala Malaysia: Sabah tewas kali kedua

Paunovic meraihkan jaringannya menerusi sepakan penalti. Kredit: Malaysian Football League Misi untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia nampaknya semakin sukar buat pasukan Sabah apabila tewas buat kali kedua dalam peringkat kumpulan. Selepas tumpas 3-0 di tangan Perak tiga hari lalu, Sabah turut mengalami nasib sama ketika berhadapan Pulau Pinang, sebentar tadi. Dalam perlawanan tersebut, Sabah tewas 1-2 yang menyaksikan Evan Wensley melakukan kesilapan yang tidak disengajakan sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan Harimau Kumbang itu. Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan Pulau Pinang dengan serangan-serangan berbahaya. Sebelum itu, Sabah terlebih dahulu mengancam kubu tuan rumah menerusi Ahmet Atayev. Namun, percubaan pemain import dari Turkmenistan itu sedikit tersasar. Anak-anak buah Manzor Azwira membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menerusi Julian Bottaro apabila berjaya melepasi perangkap offside...