Piala Malaysia: Sabah tewas kali kedua


Paunovic meraihkan jaringannya menerusi sepakan penalti.

Kredit: Malaysian Football League

Misi untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia nampaknya semakin sukar buat pasukan Sabah apabila tewas buat kali kedua dalam peringkat kumpulan. Selepas tumpas 3-0 di tangan Perak tiga hari lalu, Sabah turut mengalami nasib sama ketika berhadapan Pulau Pinang, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Sabah tewas 1-2 yang menyaksikan Evan Wensley melakukan kesilapan yang tidak disengajakan sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan Harimau Kumbang itu.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan Pulau Pinang dengan serangan-serangan berbahaya. Sebelum itu, Sabah terlebih dahulu mengancam kubu tuan rumah menerusi Ahmet Atayev. Namun, percubaan pemain import dari Turkmenistan itu sedikit tersasar.

Anak-anak buah Manzor Azwira membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menerusi Julian Bottaro apabila berjaya melepasi perangkap offside. Julian yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola melepasi Rozaimie Rohim. Jaringan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Sabah yang juga juara Liga Premier musim ini menyusun gerakan yang lebih kemas berbanding separuh masa pertama. Hasilnya, anak-anak buah Jelius Ating tidak perlu menunggu lama membuka tirai jaringan. Pengadil memberi sepakan penalti pada minit ke-48 selepas Rodoljub Paunovic dijatuhkan. Pemain tersebut kemudiannya mudah menewaskan Zamir Selamat.

Beberapa percubaan yang dilakukan pasukan Sabah tidak menemui sasaran. Perlawanan dilihat seakan-akan berakhir dengan keputusan seri. Namun, nasib tidak menyebelahi pelawat apabila percubaan lemah Casagrande dari luar kotak penalti tertampan oleh Evan Wensly ke gawang sendiri. Gol tersebut nyata memberi kekecewaan kepada pasukan Sabah. Biarpun berusaha mencari gol penyamaan, namun ketangkasan Zamir Selamat menidakkan percubaan-percubaan Sabahs ekaligus memastikan mereka pulang dengan tanpa sebarang mata.

Selepas ini, Sabah akan melayan kunjungan Pahang pada 17 Ogos nanti di Stadium Likas. Pulau Pinang pula bakal berhadapan dengan juara bertahan, Perak.



Mie Ismile

TVOR12

Comments

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA