Pulau Pinang dan Sabah sama handal, sajikan aksi penuh dramatik

Rodoljub Paunovic cuba melepasi kawalan pemain Pulau Pinang. Kredit foto: Malaysia Football League Sabah berjaya membawa pulang satu mata dari Pulau Pinang selepas mengikat pasukan yang digelar Harimau Kumbang itu tanpa sebarang jaringan, sebentar tadi. Perlawanan penuh dramatik tadi menyaksikan tujuh kad kuning telah dilayangkan pengadil, di mana lima daripadanya adalah terhadap pemain-pemain Sabah. Pasukan Pulau Pinang yang dibimbing bekas pemain kebangsaan ,Manzor Azwira dilihat lebih garang sejak wisel permainan dibunyikan. Tuan rumah tidak menunggu lama untuk melakukan percubaan apabila pemain importnya Julian Bottaro mencemaskan pertahanan Sabah selepas 15 saat perlawanan. Namun, percubaannya agak tinggi melepasi palang. Pada minit ke-4, Pulau Pinang sekali lagi mencemaskan gawang Sabah apabila salah seorang pemainnya membuat percubaan dari sudut sukar, namun bola terkena palang gol. Julian Bottaro pula membuat rembatan lencong pada minit ke-11. Mujur bola te...