Peluang terbaik ungguli carta Liga Premier 2019
Kedudukan terkini selepas berakhir perlawanan malam tadi.
Kredit foto: Malaysian Football League
Malam tadi berakhir perlawanan ke-13 menyaksikan dua daripada pasukan yang bersaing merebut kejuaraan liga, UiTM FC dan JDT FC II telah mencatatkan keputusan yang berbeza.
Pendahulu sebelum ini, JDT FC II mengalami kekalahan kedua musim ini selepas tewas 0-2 kepada Pulau Pinang di Pasir Gudang, semalam. Manakala UiTM FC pula mencatatkan kemenangan di saat akhir dengan mengatasi Sarawak 2-1 di laman sendiri.
Keputusan ini menyaksikan UiTM FC telah memintas JDT FC II dengan kelebihan satu mata. UiTM FC unggul dengan 26 mata dan JDT FC II mengumpul 25 mata selepas 13 perlawanan.
Namun, jangan lupa kepada pasukan Sabah yang berada di kedudukan ketiga. Sabah mengumpul 24 mata hasil 7 kemenangan, 3 seri dan 2 kekalahan. Apa yang pasti, Sabah mempunyai kelebihan untuk mengungguli carta kerana kekurangan satu perlawanan berbanding dua pesaing (UiTM FC dan JDT FC II).
Sebelum ini Sabah berjaya menjinakkan UKM FC di tempat lawan dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Aguinaldo Mendes Veiga. Jika momentum kemenangan ini diteruskan, sudah pasti Sabah bakal memimpin carta seterusnya berpeluang cerah layak ke Liga Super dan Piala Malaysia.
Misi tiga mata seterusnya adalah menentang Pulau Pinang di tempat lawan pada 25 Mei 2019, jam 10 malam. Ayuh Sabahku, teruskan perjuangan dan misi ke Liga Super 2020!
Mie Ismile
TVOR12

Comments
Post a Comment