Posts

Showing posts from January, 2019

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

Image
Kredit foto: Stadium Astro BIODATA PEMAIN Nama: Rawilson Batuil Panggilan: Jipun Posisi: Pertahanan Umur: 25 Tahun (29 April 1994) Asal: Kota Marudu, Sabah Nombor Jersi: 3 Rawilson Batuil atau Jipun merupakan pemain pertahanan tengah pasukan Sabah. Beliau merupakan kapten pasukan Sabah di bawah kendalian Jelius Ating sejak tahun 2017. Jipun mula menyertai pasukan junior Sabah (B-21) pada tahun 2014. Aksi pertahanan yang cukup padu setiap kali diturunkan membuatkan beliau dipanggil menyertai skuad senior Sabah pada tahun yang sama. Pemain ini dianggap sebagai "jelmaan" Jelius Ating kerana aksinya yang cukup agresif dan seringkali menampilkan corak bertahan yang begitu ampuh bersama dengan rakan-rakan di bahagian pertahanan. Sejak Jelius Ating mengambil alih pasukan Sabah, Jipun telah menunjukkan peningkatan prestasi yang cukup ketara dan hasilnya beliau dipanggil buat pertama kali berlatih bersama pasukan kebangsaan pada bulan Mac 2018. Aksi pertamanya di per...

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA

Image
Kredit foto: Stadium Astro BIODATA PEMAIN Nama: Maxsius Musa Panggilan: Max Posisi: Penyerang/Tengah Umur: 26 Tahun (21 Mei 1993) Asal: Keningau, Sabah Nombor Jersi: 21 Siapa yang tidak kenal dengan pemain ini? Maxsius Musa atau Max merupakan seorang penyerang bertubuh kecil yang memiliki larian pantas. Sebelum menyarung jersi pasukan senior Sabah pada 2014, Max terlebih dahulu menyertai pasukan Harimau Muda B yang beraksi di Liga Singapura pada musim 2013/14. Pemain ini menjadi nadi penting pasukan Sabah di mana beliau seringkali memberikan masalah terhadap benteng lawan dan merupakan antara penjaring utama.  Aksi Maxsius Musa mula menyerlah pada tahun 2015 ketika beraksi bersama dengan bekas bintang Liverpool dan Senegal, El-Hadji Diouf. Larian memukau serta kelincahannya ketika membawa bola menyebabkan beliau diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan di bawah beberapa jurulatih termasuk Mike Mulvey, Vjeran Simunic, dan Steve Vilmiarie. Kedudukan beliau dalam ...

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

Image
Kredit foto: Sabah Football Association BIODATA PEMAIN Nama: Rozaimie Rohim Panggilan: Roy Posisi: Penjaga gol Umur: 34 Tahun (6 November 1984) Asal: Temerloh, Pahang Nombor Jersi: 30 Rozaimie Rohim merupakan penjaga gol utama pasukan Sabah. Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Roy dalam kalangan rakan sepasukan serta penyokong-penyokong pasukan Sabah mula menyertai Sabah pada tahun 2016. Ketika itu pasukan Sabah dibimbing oleh jurulatih berasal dari Croatia, iaitu Vjeran Simunic. Persembahan cemerlang Roy pada setiap perlawanan menyebabkan beliau masih bertahan dalam pasukan sehingga musim ini. Acapkali beliau melakukan "save" penting bagi membolehkan Sabah meraih mata berharga. Beberapa aksi ketika "menafikan" sepakan penalti lawan cukup memukau penyokong-penyokong pasukan. Beliau memiliki karakter seorang penjaga gol yang tegas dan vokal dengan memberi arahan-arahan kepada rakan sepasukan ketika di dalam padang. Khidmat penjaga gol ini sudah ten...

SABAH DI TAHAP AKHIR PERSIAPAN HADAPI PERLAWANAN LIGA PERDANA

Keputusan seri 1-1 menentang Kaya FC-Iloilo di PFF National Training Centre petang semalam menutup pramusim singkat skuad badak di Manila, Filipina. Kunjungan ke negara tersebut sedikit melegakan para penyokong tatkala membuka tirai perlawanan menentang Stallion Laguna FC dengan kemenangan 4-2, dua hari sebelumnya di Stadium Binan. Namun, bagi pengendali Sabah, Jelius Ating pastinya masih belum boleh menarik nafas lega kerana misi yang lebih penting menanti minggu hadapan (menetang JDTII) untuk perlawanan pertama Liga Perdana. Apatah lagi Jelius masih terus memburu pemain import untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pito, Ogawa dan Kasonde. Ia adalah "kerja rumah" secara progresif oleh Jelius sehinggalah terbentuknya satu skuad mantap dengan pemain-pemain tempatan dan import berkualiti yang dibawa masuk untuk musim ini. Kehadiran Park Taesu dalam trial bersama pasukan Sabah mungkin memberi harapan bahawa Jelius telah menemui pengganti Francis Kasonde di bahagian per...