KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA


Kredit foto: Stadium Astro


BIODATA PEMAIN
Nama: Maxsius Musa
Panggilan: Max
Posisi: Penyerang/Tengah
Umur: 26 Tahun (21 Mei 1993)
Asal: Keningau, Sabah
Nombor Jersi: 21

Siapa yang tidak kenal dengan pemain ini? Maxsius Musa atau Max merupakan seorang penyerang bertubuh kecil yang memiliki larian pantas. Sebelum menyarung jersi pasukan senior Sabah pada 2014, Max terlebih dahulu menyertai pasukan Harimau Muda B yang beraksi di Liga Singapura pada musim 2013/14. Pemain ini menjadi nadi penting pasukan Sabah di mana beliau seringkali memberikan masalah terhadap benteng lawan dan merupakan antara penjaring utama. 

Aksi Maxsius Musa mula menyerlah pada tahun 2015 ketika beraksi bersama dengan bekas bintang Liverpool dan Senegal, El-Hadji Diouf. Larian memukau serta kelincahannya ketika membawa bola menyebabkan beliau diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan di bawah beberapa jurulatih termasuk Mike Mulvey, Vjeran Simunic, dan Steve Vilmiarie. Kedudukan beliau dalam kesebelasan utama terus kukuh di bawah Ketua Jurulatih Sabah terkini iaitu Jelius Ating apabila corak permainannya cukup digemari oleh jurulatih tersebut.

Bagi musim 2019 ini pastinya menjadi azam Max untuk menampilkan aksi terbaik dan berkualiti sekaligus membantu pasukan Sabah layak ke Liga Super pada tahun 2020. Semoga pemain ini meneruskan fungsinya sebagai "jentera" dan "mesin gol" pasukan Sabah. Siapa tahu mungkin 2019 adalah tahun beliau bergelar pemain kebangsaan. Ayuh Max, terus tunjukkan kemampuan anda!

-The Voice of Rhinos #12-

Comments

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL