ROKI, SABRI PASTIKAN SABAH RAIH KEMENANGAN KEDUA

Kredit foto:Berita Harian

Sabah meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Sarawak dengan jaringan 2-1. 

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching petang semalam menyaksikan penguasaan dilihat memihak kepada pasukan pelawat yang lebih banyak mengasak kubu skuad Ngap Sayot, terutama pada separuh masa pertama. Sabah terlebih dahulu mengasak pertahanan lawan menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain import dari Serbia, Luka Milunovic pada minit ke-4, namun percubaannya sedikit tinggi melepasi palang. 

Selepas itu, beberapa percubaan lain dilakukan oleh pemain-pemain seperti Rodoljub Paunovic, Maxsius Musa, Sabri Sahar serta Ricco Nigel Milus. Walau bagaimanapun, tiada jaringan dapat dihasilkan. Sesekali rangkaian penyerang Sarawak yang diketuai oleh bekas pemain Sabah, Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic dilihat mampu mencemaskan gawang pasukan Sabah. Namun, disiplin pertahanan pelawat yang tinggi agak menyukarkan mereka untuk membuat jaringan.

Gol pertama Sabah hadir pada minit ke-36 menerusi Paunovic atau lebih dikenali sebagai Roki selepas menerima hantaran daripada Park Taesu. Roki yang tidak dikawal membuat satu rembatan kencang dalam kotak penalti, sekaligus menjadikan gol tersebut sebagai jaringan pertamanya musim ini. 

Selang dua minit kemudian, Sabah terus mengukuhkan kedudukan selepas Sabri Sahar membuat rembatan cantik dari luar kotak penalti bagi menjadikan kedudukan 2-0 sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Pada masa kedua, Sarawak dilihat telah memperkemas corak permainan dengan percubaan-percubaan yang menguji penjaga gol pasukan Sabah, Rozaimie Rohim. Namun, penjaga gol tersebut  cemerlang menafikan serangan-serangan tuan rumah. 

Park Taesu hampir menggandakan jaringan buat Sabah apabila tandukannya terkena palang hasil sepakan sudut yang dilakukan oleh Sabri Sahar. Selepas itu, Maxsius Musa mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol selepas berjaya memperdaya seorang pertahanan lawan. Namun, rembatan kencangnya berjaya ditepis penjaga gol walaupun hanya berdepan satu lawan satu.

Sarawak akhirnya memperoleh gol saguhati pada minit ke-89 menerusi pemain importnya, Pedro Dias hasil hantaran Muamer Salibasic. Kebangkitan Ngap Sayot itu bagaimanapun sudah terlewat dan kedudukan 2-1 kekal memihak kepada pasukan Sabah.

Lima faktor kemenangan Sabah:

1. Disiplin pertahanan yang tinggi
Barisan pertahanan pasukan Sabah yang diketuai oleh Park Taesu, Rawilson Batuil, Randy Baruh dan Dendy Lowa dilihat begitu "solid" mengekang asakan tuan rumah. Keempat-empat pemain ini langsung tidak memberikan ruang kepada rangkaian penyerang Sarawak untuk membuat percubaan. Pergerakan Bobby Gonzales agak terbatas selepas "diikat" kemas Rawilson.

2. Kemasukan Ricco beri impak di bahagian tengah/pertahanan tengah
Ricco Nigel Milus yang dimasukkan dalam kesebelasan utama menggantikan Luiz Carlos yang mengalami kecederaan memberi impak di bahagian tengah/pertahanan tengah apabila dilihat seringkali berjaya memintas serangan pantas lawan. Gandingannya bersama Azzizan cukup ampuh dan banyak membantu penguasaan bola di kawasan tengah.

3. Gandingan Roki dan Luka menjadi
Duo import dari Serbia ini menjadi ancaman utama buat pertahanan Sarawak apabila membuat percubaan-percubaan menarik dan berbahaya. Gerakan 1-2 dua pemain ini yang dibantu oleh pemain- pemain lain seperti Sabri dan Maxsius cukup efektif. Banyak percubaan mereka sedikit tersasar atau diselamatkan penjaga gol Sarawak.

4. Persefahaman yang tinggi antara pemain
Faktor persefahaman semakin meningkat dalam kalangan pasukan. Pemain-pemain import sudah semakin serasi dengan corak permainan yang diterapkan oleh Jelius Ating dengan hantaran-hantaran pendek dan sesekali memerangkap pihak lawan dengan hantaran-hantaran jauh. Persefahaman ini perlu dikekalkan pada perlawanan seterusnya.

5. Sorakan semangat NBU dan kehadiran ramai penyokong Sabah
Tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan North Borneo Ultras (NBU) dalam setiap perlawanan melibatkan pasukan Sabah. Mereka sentiasa memberikan lagu-lagu semangat dari luar padang diiringi pukulan drum yang cukup padu. Suasana Stadium Negeri Kuching begitu meriah dengan sorakan mereka yang berkumandang sepanjang 90 minit permainan. Kehadiran penyokong-penyokong lain, terutama yang "memboikot" perlawanan di Likas memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain untuk beraksi dengan baik.

Mie Ismile
The Voice of Rhinos #12

Comments

  1. Tachi Titanium Mens Ring - TitaniumMens - TITIAN ART
    Tachi Titanium Mens titanium dab tool Ring by micro touch trimmer Tachi is a new Tachi bracelet. ford escape titanium It can be used as a necklace for a new titanium dioxide sunscreen necklace or as a bracelet for a jewelry microtouch trimmer bracelet. Rating: 3.9 · ‎52 votes · ‎$6.99 · ‎In stock

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA