SABAH BAWA SATU MATA DARI KOTA BHARU


Pasukan Sabah berjaya membawa satu mata berharga dari Kota Bharu selepas memgikat Kelantan 3-3, sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 apabila pemain importnya Flavio Beck Jr. menyempurnakan sepakan penalti. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain-pemain Sabah. Luka Milunovic berjaya membuat tandukan cantik bagi mengikat Kelantan 1-1 pada minit ke-9. Keputusan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan.

Aksi separuh masa kedua lebih rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Kelantan  sekali lagi di hadapan pada minit ke-52 apabila pemain bawah-23 tahun kebangsaan, Nik Akif Syahiran meledak gol pertamanya musim ini. Maxsius Musa menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi satu tolakan cantik dari sudut sebelah kanan gawang
Kelantan, menjadikan kedudukan terikat 2-2. Maxsius sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-86 bagi meletakkan Sabah di hadapan buat pertama kali.

Kemenangan hampir pasti berada dalam genggaman Sabah sebelum Muhammad Daniel Haqim menceriakan penyokong tuan rumah dengan jaringan penyamaan pada minit ke-89. Keputusan 3-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sabah akan melayani kunjungan Terengganu FC II di Likas pada 16 Februari 2019.

-TVOR12-

Comments

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA