SABAH TEWASKAN TERENGGANU FC II

Kredit foto: Terengganu FC

Sabah mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri selepas menewaskan Terengganu FC II 3-1, sebentar tadi.

Pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhamad Ramzi Sufian pada minit ke-40 yang membuat satu rembatan cantik menewaskan penjaga gol Sabah,  Rozaimie Rohim. Jaringan tersebut juga merupakan satu-satunya percubaan tepat TFC II ke arah pintu gol Sabah untuk separuh masa pertama.

Tersentak dengan gol tersebut, Sabah telah mengatur serangan selepas perlawanan disambung pada masa kedua. Hasilnya pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Park Taesu menyamakan kedudukan hanya selepas lima minit perlawanan berlangsung separuh masa kedua. Perlawanan bertambah menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Beberapa percubaan Sabah seringkali mencemaskan pintu gol pasukan TFCII, termasuk dua jaringan yang dibatalkan kerana offside dan berlaku kekasaran.

Gol kedua Sabah pada minit ke-66 hadir selepas Luka Milunovic menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol TFC II, Mohd Sharmiza Yusoff. Sabah enggan mengendurkan serangan, sebaliknya terus memburu gol ketiga dan hasilnya pada minit ke-75 Ricco Nigel Milus menambah derita Skuad Penyu menerusi tolakan cantik ke gawang gol TFCII selepas beliau tidak dikawal di dalam kotak penalti. Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Selepas ini Sabah akan berkunjung ke negeri jiran, Sarawak bagi perlawanan keempat Liga Perdana. Perlawanan "Borneo Derby" tersebut pastinya menarik  untuk kita saksikan.

-The Voice of Rhinos #12-

Comments

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA