SABAH FA: TIADA MAKNA BOLA SEPAK TANPA PENYOKONG KUAT
Kumpulan penyokong terbesar di Sabah, North Borneo Ultras (NBU) merupakan antara nadi kekuatan pasukan bola sepak Sabah.
Dalam bola sepak, kumpulan penyokong merupakan salah satu nadi utama dalam menghidupkan suasana serta menyemarakkan semangat-semangat pemain. Kehadiran mereka bukan hanya setakat menonton semata-mata, malah memberikan sorakan padu dan tepukan gemuruh untuk pasukan kesayangan mereka.
Jika dilihat di kebanyakan tempat, pasukan-pasukan utama mempunyai "fan-based" yang cukup kuat melalui kumpulan penyokong yang lebih dikenali sebagai "ultras". Kumpulan ini bukan biasa-biasa. Mereka memiliki passion dalam memberikan komitmen 200% untuk menyokong pasukan mereka dengan laungan dan lagu-lagu semangat yang dinyanyikan tanpa henti.
Di Sabah sahaja, kita mempunyai banyak kelab penyokong yang datang dari pelbagai tempat. Salah satu kelab penyokong terkuat dikenali sebagai North Borneo Ultras (NBU). Ditubuhkan pada tahun 2011, kelab penyokong ini memiliki ramai anggota yang datang dari pelbagai pelusuk tempat di Sabah. Merekalah yang sentiasa menghidupkan suasana di stadium daripada senyap seperti "perpustakaan" menjadi suasana yang bingit dan meriah dengan lontaran lagu-lagu semangat kepada pemain-pemain.
Selain itu, terdapat satu lagi kelab penyokong yang sudah cukup lama berkelana sebagai penyokong tegar pasukan Sabah. Mereka dikenali sebagai Sabah Rhinos yang telah ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu. Apa yang boleh dikatakan dengan kelab penyokong ini, mereka sudah "masak" dengan arena dan ragam bola sepak di Sabah khususnya sejak zaman kegemilangan pasukan ini sehingga kini. Orang-orang kuat dalam kelab penyokong Sabah Rhinos ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah ramai yang tahu dan mereka mempunyai pengikut yang ramai di media sosial rasmi Sabahrhinos.com.
Terdapat banyak lagi kelab penyokong lain yang muncul seperti Sabah Diehard, Kelab Penyokong Sabah Rhinos, mahupun The Rhinos Troops serta beberapa lagi. Ketika era pasukan ini dikenali sebagai Hawk pun, telah muncul beberapa lagi kumpulan penyokong seperti Sabahawks dan Sabahawks Warrior Spirit. Pendek kata, berapa banyak kelab penyokong sekalipun, tujuannya tetap sama iaitu memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak Sabah. Penyokong-penyokong ini tidak pernah berkira wang dan tenaga dalam menyokong pasukan. Sudah pasti semangat pemain-pemain akan merudum tanpa kelibat penyokong ini hadir ke Stadium.
Namun, jika dilihat situasi dalam pasukan Sabah sekarang ini, ianya agak janggal pada musim ini. Sejak SAFA dikendalikan oleh pengurusan baharu, segala-galanya tampak berubah. Apa yang positif adalah pembayaran gaji yang dilunaskan. Tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, banyak lagi perkara penting yang berlaku selepas itu. Isu utamanya adalah melibatkan penyokong.
Ya, sekarang ini muncul lagi satu kelab penyokong yang dikenali sebagai Fan Club Tambadau Sabah yang "direstui" sendiri oleh Pemangku Presiden SAFA ketika ini. Dengan munculnya kelab penyokong Tambadau ini, maka banyak perkara yang dinafikan untuk kelab penyokong yang berasaskan "rhinos". Antaranya adalah penggantungan banner yang tidak dibenarkan melainkan kelulusan dari pihak SAFA baru, tidak dibenarkan membawa alat muzik, harga tiket dinaikkan, dan beberapa perkara lain. Pendek kata, pengurusan terkini seolah-olah tidak mengamalkan sikap mesra dan layanan yang baik kepada kelab penyokong yang menjadi tunjang kekuatan pasukan, tidak kira waktu jatuh bangun pasukan ini.
Apakah sebenarnya yang ada dalam fikiran kepimpinan baharu SAFA sekarang? Adakah mereka fikir bahawa kelab-kelab penyokong sebelum ini adalah jelmaan daripada kerajaan lama? Adakah SAFA baharu fikir mereka ini merupakan penyokong politik kerajaan sebelum ini? Jika itu yang difikirkan, telahan itu nyata silap. Untuk makluman kepimpinan terbaharu SAFA serta ahli-ahli kelab penyokong Tambadau, orang-orang dalam kelab penyokong yang sudah lama mengenali bola sepak Sabah inilah banyak menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan sebelum ini. Kumpulan-kumpulan penyokong ini tidak hanya duduk diam, malah mereka cuba merungkai satu-persatu masalah sehingga terdedahnya sesuatu yang ramai antara kita tidak tahu apa yang berlaku dalam pasukan dan pengurusan.
Kepada kepimpinan tertinggi SAFA baharu, fikirkanlah hak penyokong dan dengarlah suara mereka. Tiada halangan jika Kelab Penyokong Tambadau diwujudkan dengan keistimewaan-keistimewaan yang anda berikan. Namun, percayalah... ia tidak akan menjamin sokongan sepenuh hati mereka jika hanya mengharapkan peruntukan SAFA semata-mata. Kepada ahli-ahli Kelab Penyokong Tambadau, tahniah kerana anda mendapat pembelaan sewajarnya daripada kepimpinan baharu SAFA. Akan tetapi, belajarlah tentang erti pengorbanan untuk pasukan tanpa mengira wang ringgit dan masa demi melihat pasukan kita sentiasa berada di landasan yang betul. Usahlah terlalu memgharapkan peruntukan dari pihak SAFA jika anda benar-benar jadi penyokong setia dan tegar untuk pasukan Sabah FA. Jika anda tidak tahu di mana boleh belajar tentang erti pengorbanan, bertanyalah kepada NBU Sabahrhinos dan kelab penyokong lain yang sudah lama mengenali pasukan Sabah ini. Tanya mereka dari mana dapat duit untuk membiayai tiket masuk ke stadium serta kos perjalanan mereka, terutama ketika aksi di tempat lawan. Selepas anda dapatkan jawapan, itulah makna satu pengorbanan. Harap anda juga seperti itu.
Kepada Datuk Peter Anthony, usahlah berkeras dengan penyokong pasukan Sabah yang sudah lama menyokong pasukan ini. Kalau tiada kumpulan-kumpulan penyokong ini, pasukan Sabah mungkin sudah lama "mati". Jatuh bangun pasukan selama ini hanya kumpulan-kumpulan penyokong ini sahajalah yang dapat merasakannya. Kebanyakan kelab penyokong ini jugalah yang sanggup mengutip sumbangan demi membantu pemain-pemain yang menghadapi kesukaran. Sebaiknya adakan pertemuan dengan penyokong-penyokong tidak kira Badak atau Tambadau sekalipun. Dengarlah suara mereka demi kebaikan bola sepak Sabah. Harus diingat, kumpulan penyokong yang bernaung di bawah panji Badak bukanlah budak-budak yang ghairah dengan politik. Mereka bukanlah penyokong kerajaan atau pembangkang dahulu dan kini. Neutral! Malah inilah penentang-penentang politik dan parasit dalam bola sepak Sabah. Jangan teruskan ego anda kepada penyokong. Tanpa penyokong kuat, pasukan tidak punyai apa-apa makna. Kepada pasukan Sabah FA, selamat berjuang!

#pemimpingilakuasa...
ReplyDelete