Posts

Showing posts from March, 2019

SABAH BENAM PULAU PINANG, RAMPAS KEDUDUKAN TERATAS

Image
Sabah meneruskan rentak cemerlang musim ini selepas merakamkan kemenangan keempat menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Likas, sebentar tadi. Kedua-dua jaringan Sabah dihasilkan oleh penyerang import dari Brazil, Luiz Junior. Sebaik wisel permainan ditiupkan, Sabah mengatur gerakan-gerakan menarik melalui rangkaian penyerang yang diketuai oleh Luiz dan Rodoljub Paunovic. Sabah tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila Luiz menanduk masuk hasil sepakan percuma Sabri Sahar pada minit ke-2. Tersentak dengan jaringan tersebut, Pulau Pinang mengatur gerakan ke pintu gol pasukan Sabah. Namun, ketangkasan penjaga gol Sabah iaitu Rozaimie Rohim menggagalkan misi mencari gol bagi pasukan lawan. Perlawanan dilihat agak seimbang tetapi Sabah dilihat lebih berbahaya mengancam kubu lawan. Memasuki separuh masa kedua, Sabah terus melancarkan serangan dengan gerakan dari arah kiri dan kanan gawang Pulau Pinang. Luiz Junior sekali lagi menjadi "duri dalam daging" Pu...

SABAH SEDIA HADAPI PULAU PINANG DI LIKAS

Image
Sabah bakal menerima kunjungan pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan ke-7 Liga Premier di Stadium Likas, malam ini. Skuad yang dibimbing Jelius Ating ini dilihat berada di tahap terbaik untuk meraih tiga mata penuh selepas merakamkan tiga kemenangan, dua seri dan satu kalah dalam enam perlawanan setakat ini untuk menduduki tempat kedua carta. Pulau Pinang pula kini menduduki tempat ke-8 selepas enam perlawanan dengan mencatat dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Perlawanan terakhir mereka sebelum ini memyaksikan pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang menewaskan Selangor United dengan keputusan 2-1. Perlawanan pada malam ini seharusnya dimanfaatkan Sabah apabila beraksi di laman sendiri. Jelius Ating sudah pasti bakal menurunkan barisan terbaik, sama seperti perlawanan-perlawanan sebelumnya apabila semua pemain bebas daripada kecederaan. Namun, pemain import pertahanan dari Korea Selatan, Park Taesu tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan selepas m...

SABAH IKAT NEGERI SEMBILAN DI PAROI

Image
Sabah berjaya membawa pulang satu mata dari Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi selepas mengikat Negeri Sembilan tanpa jaringan. Perlawanan malam tadi menyaksikan Sabah menguasai perlawanan pada 10 minit pertama. Sabah terlebih dahulu menguji gawang pasukan tuan rumah menerusi sepakan percuma Sabri Sahar. Namun, sepakan beliau tidak menepati sasaran. Pada minit ke-9 menyaksikan satu percubaan pada jarak 35 meter oleh Azzizan Nordin selepas satu siri gerakan dilakukan oleh beberapa pemain. Percubaan Azzizan tinggi melepasi palang gol. Rodoljub Paunovic turut menguji penjaga gol Negeri Sembilan, Fadzley Rahim melalui satu tandukan, namun tidak berjaya menemui jaring gol lawan. Selepas itu, Negeri Sembilan memperkemas permainan dengan gerakan-gerakan berbahaya. Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-24 selepas pemain importnya, Jose Almar Barros Neto membuat satu tandukan deras hasil hantaran Muhammad Asyraf Roslan. Rozaimie Rohim bertindak menyelamatkan keadaan. S...

SABAH SEDIA BAWA BALIK TIGA MATA DARI PAROI

Image
Gandingan Roki (kiri) dan Luiz Junior sekali lagi ditagih dalam aksi menentang Negeri Sembilan, esok. Pasukan Sabah akan bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi menghadapi perlawanan ke-6 Liga Premier bertemu Negeri Sembilan, esok. Kehadiran pasukan Negeri di Bawah Bayu ini sudah pasti mahu terus memburu tiga mata penuh selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini. Sebagai rekod, Sabah sudah pun mengumpul 10 mata hasil satu kekalahan, satu seri dan tiga kemenangan. Pasukan ini menghuni tangga kedua di belakang Johor Darul Takzim 2 (JDTII), dipisahkan hanya dengan dua mata. Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, Ketua Jurulatih, Jelius Ating dijangka sekali lagi akan menurunkan kesebelasan utama ketika menentang PDRM FA tempoh hari. Gandingan Rodoljub Paunovic atau Roki serta Luiz Junior di bahagian hadapan sudah pasti akan memberikan masalah buat pertahanan Negeri Sembilan. Jika dilihat pada perlawanan lalu, kedua-dua penyerang ini semakin...