SABAH SEDIA HADAPI PULAU PINANG DI LIKAS


Sabah bakal menerima kunjungan pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan ke-7 Liga Premier di Stadium Likas, malam ini. Skuad yang dibimbing Jelius Ating ini dilihat berada di tahap terbaik untuk meraih tiga mata penuh selepas merakamkan tiga kemenangan, dua seri dan satu kalah dalam enam perlawanan setakat ini untuk menduduki tempat kedua carta.

Pulau Pinang pula kini menduduki tempat ke-8 selepas enam perlawanan dengan mencatat dua kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Perlawanan terakhir mereka sebelum ini memyaksikan pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang menewaskan Selangor United dengan keputusan 2-1.

Perlawanan pada malam ini seharusnya dimanfaatkan Sabah apabila beraksi di laman sendiri. Jelius Ating sudah pasti bakal menurunkan barisan terbaik, sama seperti perlawanan-perlawanan sebelumnya apabila semua pemain bebas daripada kecederaan.

Namun, pemain import pertahanan dari Korea Selatan, Park Taesu tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning sebelum ini. Tempat beliau kemungkinan bakal diisi oleh Mafry Balang yang turut beraksi di posisi sama (pertahanan tengah). Luiz Junior yang tidak menyertai Sabah dalam aksi persahabatan minggu lalu dijangka akan diturunkan semula selepas pulih dari kecederaan.

WASPADA" ANCAMAN" PULAU PINANG

Pasukan Sabah perlu berwaspada dengan corak permainan Pulau Pinang yang dilihat semakin meningkat. Beberapa pemain yang perlu diberikan tumpuan oleh pemain-pemain Sabah adalah penyerang utama mereka iaitu Ndumba Makeche. Seorang lagi pemain berpengalaman dalam pasukan itu, Afiq Azmi juga mampu menggugat benteng pertahanan Sabah.

Di bahagian tengah pula, Azzizan Nordin serta rakan-rakan harus mengekang penguasaan Pulau Pinang yang diketuai oleh pemain import Korea Selatan yang juga ketua pasukan mereka, Seungjo Kang serta Sebastian Maurice Thuriere. Seorang lagi pemain muda yang perlu diawasi adalah Dhiayulrahman Mohd Hasry. Pemain ini memiliki kemahiran individu yang baik dan mampu merobek gawang pasukan jika tidak dikawal dengan rapi.

MANFAAT TEMPOH REHAT LIGA

Sebagai rekod, rehat tiga minggu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan ini apabila mengadakan tiga perlawanan persahabatan kompetitif di Semenanjung Malaysia. Perlawanan tersebut melibatkan Sabah bertemu Melaka United sebanyak dua kali, di mana pasukan Sabah tewas 0-2 dalam perlawanan pertama tetapi meraih kemenangan pada perlawanan kedua, juga dengan jumlah jaringan yang sama.
Sabah seterusnya meraih kemenangan 1-0 menentang PKNS FC dua hari selepas itu hasil jaringan Rodoljub Paunovic. Sekembalinya dari semenanjung, Sabah turut menguji pasukan Piala Presiden di mana menyaksikan Luiz Junior diturunkan dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan ini (Sabah vs Pulau Pinang), Sabah akan memulakan kempen Piala FA menentang Kelantan United pada 3 April ini di tempat lawan.

BARISAN KEMUNGKINAN:
Rozaimie Rohim, Rawilson Batuil (C), Dendy Lowa, Randy Baruh, Mafry Balang, Azzizan Nordin, Sabri Sahar, Maxsius Musa, Luka Milunovic, Luiz Junior, Rodoljub Paunovic.

RAMALAN:
Sabah (2) Pulau Pinang (0)

-Mie Ismile-
TVOR12

Comments

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA