Posts

Showing posts from April, 2019

Sabah temui rentak kemenangan, tewaskan UKM FC 3-1

Image
Pemain-pemain Sabah meraihkan jaringan Alto Linus pada minit ke-20.  Kredit foto:MFL Sabah menemui semula rentak selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan apabila menewaskan UKM FC dengan jaringan 3-1 di laman sendiri, malam tadi. Pemain-pemain Sabah yang seakan-akan dahagakan jaringan dan kemenangan selepas mendapat amaran keras daripada Pemangku Presiden SAFA beberapa hari lalu telah mempamerkan satu persembahan meyakinkan sejak wisel permainan dibunyikan. Ketika permainan baru menjejak 24 saat, Rodoljub Paunovic hampir meletakkan Sabah di hadapan dengan percubaan jarak dekat selepas menerima hantaran Alto Linus. Namun, ketangkasan penjaga gol lawan, Khatul Anuar Md. Jalil menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi. UKM FC membuat satu serangan balas pada minit ke-7. Namun, percubaan Azri Zulkifli sedikit melepasi palang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim. Selepas itu, Sabah dilihat memperkemas corak permainan dan sering membuat s...

PELUANG SABAH LAKAR KEMENANGAN HATRIK DI LIKAS

Image
Barisan kesebelasan utama Sabah FA Liga Premier Malaysia 2019 bakal memasuki perlawanan ke-9 pada Jumaat dan Sabtu ini. Setakat ini, JDTII mengungguli carta liga dengan 15 mata, diikuti Sabah dengan 14 mata. Tangga ketiga menyaksikan UiTM FC dan Selangor United mengekori rapat dengan berkongsi 13 mata.  Pasukan Sabah berpeluang menjarakkan kedudukan pada perlawanan ke-8 baru-baru ini apabila memimpin carta liga. Namun, Selangor United memusnahkan impian tersebut apabila berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 2-1, beberapa hari lalu. Mujurlah UiTM FC mengalami nasib sama apabila tewas 0-1 di tangan pasukan Terengganu FC II di laman sendiri. Keputusan tersebut juga menyelamatkan kedudukan Sabah jatuh di tempat ketiga. Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan pertembungan Sabah menentang UiTM FC di Stadium Likas. Bermula dari perlawanan Sabtu ini, Sabah bakal bermain tiga kali berturut-turut di laman sendiri. Kemenangan menentang UiTM FC bakal mengukuhkan lagi keduduk...

KELANTAN UNITED FC KEJUTKAN SABAH DI KOTA BHARU

Image
Dendy Lowa (kanan) cuba menghalang pergerakan pemain import Kelantan United FC, Elano Zozimar. (Kredit foto: MFL) Kelantan United FC (KUFC) mencipta sejarah dalam pusingan kedua Shopee Piala FA apabila berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.  Jaringan minit ke-6 oleh penyerang muda KUFC, Fakhrul Zaman Wan Zawawi menerusi sepakan percuma pada jarak 25 meter sudah cukup membawa anak-anak buah Zahasmi Ismail ke pusingan ketiga. Sejak wisel permainan ditiup, KUFC bijak mengatur gerakan-gerakan yang mencemaskan benteng pertahanan Sabah. Namun, penguasaan bola dilihat lebih banyak memihak kepada pasukan pelawat. Ketiadaan Sabri Sahar amat dirasai apabila kurang pergerakan menarik serta hantaran kreatif dari kawasan tengah. Ricco Nigel Milus yang mengambil alih tempat Sabri dilihat kurang efektif sehingga memaksa Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating memasukkan Muhammad Mohd Safar memggantikan Ricco. Sabah mendapat beberapa p...

PIALA FA: KENALI PASUKAN KELANTAN UNITED FC

Image
Kesebelasan utama pasukan Kelantan United FC (Kredit foto: FB Kelantan United FC) KELANTAN UNITED FC. Itulah pasukan yang bakal ditentang pasukan Sabah dalam pusingan kedua Shopee Piala FA, Rabu ini. Ramai yang keliru mengenai pasukan tersebut. Ada yang mengatakan bahawa pasukan tersebut merupakan "The Red Warrior" yang beraksi dalam Liga Premier. Namun, andaian itu sebenarnya silap. Mari kita kenali Kelantan United FC lebih dekat. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 2016 dan dikenali sebagai pasukan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (MPKB-BRI Ubes). Sebagai info, pasukan ini memegang rekod nama pasukan kedua terpanjang di dunia selepas CPD Llanfairpwll FCC atau nama panjangnya Clwb Pel Droed Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch Football Club.   (Sumber: http://www.stadiumastro.com/sports/blog/details/this-malaysian-club-have-one-of-the-world-s-longest-football-team-names/1126 ) Sejak ditu...