KELANTAN UNITED FC KEJUTKAN SABAH DI KOTA BHARU

Dendy Lowa (kanan) cuba menghalang pergerakan pemain import Kelantan United FC, Elano Zozimar. (Kredit foto: MFL)

Kelantan United FC (KUFC) mencipta sejarah dalam pusingan kedua Shopee Piala FA apabila berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. 

Jaringan minit ke-6 oleh penyerang muda KUFC, Fakhrul Zaman Wan Zawawi menerusi sepakan percuma pada jarak 25 meter sudah cukup membawa anak-anak buah Zahasmi Ismail ke pusingan ketiga. Sejak wisel permainan ditiup, KUFC bijak mengatur gerakan-gerakan yang mencemaskan benteng pertahanan Sabah. Namun, penguasaan bola dilihat lebih banyak memihak kepada pasukan pelawat.

Ketiadaan Sabri Sahar amat dirasai apabila kurang pergerakan menarik serta hantaran kreatif dari kawasan tengah. Ricco Nigel Milus yang mengambil alih tempat Sabri dilihat kurang efektif sehingga memaksa Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating memasukkan Muhammad Mohd Safar memggantikan Ricco.

Sabah mendapat beberapa peluang keemasan, namun percubaan- percubaan yang dilakukan sama ada diselamatkan penjaga gol KUFC atau sedikit tersasar. Peluang terbaik Sabah menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-65 apabila sepakan percuma Luka Milunovic dari luar kotak penalti hanya sekadar menggegar tiang gol lawan. 

Seorang lagi pemain import dari Brazil, Luiz Carlos Jr. turut mendapat beberapa peluang melakukan jaringan. Namun, disiplin pertahanan KUFC dengan merantai pergerakan Luiz menggagalkan pemain tersebut untuk mencetak nama sebagai penjaring. Masuk minit-minit akhir, Sabah terus menggandakan asakan tetapi tiada jaringan dapat dilakukan. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan yang menyaksikan Sabah tersingkir dari saingan Piala FA, musim ini.

Selepas ini Sabah akan terus berada di bumi semenanjung apabila bertandang ke Stadium Selayang untuk bertemu pasukan Selangor United, Sabtu ini. Sabah merupakan pendahulu Liga Premier setakat ini. Hanya kemenangan yang mampu menjamin kedudukan di takhta liga tatkala JDTII, UiTM FC dan Selangor United mengekori rapat di belakang. 

Kita "move on" dengan keputusan Piala FA ini. Berikan tumpuan kepada Liga Premier. Semoga pasukan Sabah berjaya naik ke Liga Super 2020!

-Mie Ismile-
TVOR12

Comments

Popular posts from this blog

KENALI PEMAIN KITA: ROZAIMIE ROHIM

KENALI PEMAIN KITA: RAWILSON BATUIL

KENALI PEMAIN KITA: MAXSIUS MUSA