Sabah pertaruh pemain simpanan hadapi Terengganu FC II

Sang Juara Liga Perdana Malaysia 2019, Sabah berkunjung ke Kuala Terengganu untuk menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. Skuad bimbingan Jelius Ating sudah pun mengesahkan kejuaraan lebih awal. Pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda ini sudah pasti mahu melengkapkan perlawanan terakhir loga dengan nota kemenangan. Jelius seperti dilaporkan sebuah portal sukan bakal menurunkan beberapa pemain simpanan yang jarang bermain sebelum ini. Menurutnya, ia bukanlah menganggap aksi ini tidak penting. Sebaliknya, beliau mahu mengelakkan risiko beberapa pemain yang berpotensi digantung perlawanan. Rodoljub Paunovic, Dendy Lowa, dan Mafry Balang merupakan pemain yang bakal digantung perlawanan sekiranya mengutip kad kuning seterusnya. Pada masa sama, beberapa pemain utama juga dikatakan tidak begitu cergas akibat mengalami sedikit kecederaan. Walau bagaimanapun, Jelius tetap menuntut aksi terbaik daripada anak-anak buahnya da...