Posts

Showing posts from February, 2019

SABAH FA: TIADA MAKNA BOLA SEPAK TANPA PENYOKONG KUAT

Image
Kumpulan penyokong terbesar di Sabah, North Borneo Ultras (NBU) merupakan antara nadi kekuatan pasukan bola sepak Sabah. Dalam bola sepak, kumpulan penyokong merupakan salah satu nadi utama dalam menghidupkan suasana serta menyemarakkan semangat-semangat pemain. Kehadiran mereka bukan hanya setakat menonton semata-mata, malah memberikan sorakan padu dan tepukan gemuruh untuk pasukan kesayangan mereka. Jika dilihat di kebanyakan tempat, pasukan-pasukan utama mempunyai "fan-based" yang cukup kuat melalui kumpulan penyokong yang lebih dikenali sebagai "ultras". Kumpulan ini bukan biasa-biasa. Mereka memiliki passion  dalam memberikan komitmen 200% untuk menyokong pasukan mereka dengan laungan dan lagu-lagu semangat yang dinyanyikan tanpa henti. Di Sabah sahaja, kita mempunyai banyak kelab penyokong yang datang dari pelbagai tempat. Salah satu kelab penyokong terkuat dikenali sebagai North Borneo Ultras (NBU). Ditubuhkan pada tahun 2011, kelab penyokong ini m...

ROKI, SABRI PASTIKAN SABAH RAIH KEMENANGAN KEDUA

Image
Kredit foto:Berita Harian Sabah meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Sarawak dengan jaringan 2-1.  Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching petang semalam menyaksikan penguasaan dilihat memihak kepada pasukan pelawat yang lebih banyak mengasak kubu skuad Ngap Sayot, terutama pada separuh masa pertama. Sabah terlebih dahulu mengasak pertahanan lawan menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain import dari Serbia, Luka Milunovic pada minit ke-4, namun percubaannya sedikit tinggi melepasi palang.  Selepas itu, beberapa percubaan lain dilakukan oleh pemain-pemain seperti Rodoljub Paunovic, Maxsius Musa, Sabri Sahar serta Ricco Nigel Milus. Walau bagaimanapun, tiada jaringan dapat dihasilkan. Sesekali rangkaian penyerang Sarawak yang diketuai oleh bekas pemain Sabah, Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic dilihat mampu mencemaskan gawang pasukan Sabah. Namun, disiplin pertahanan pelawat yang tinggi agak menyukarkan me...

SABAH TEWASKAN TERENGGANU FC II

Image
Kredit foto: Terengganu FC Sabah mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri selepas menewaskan Terengganu FC II 3-1, sebentar tadi. Pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhamad Ramzi Sufian pada minit ke-40 yang membuat satu rembatan cantik menewaskan penjaga gol Sabah,  Rozaimie Rohim. Jaringan tersebut juga merupakan satu-satunya percubaan tepat TFC II ke arah pintu gol Sabah untuk separuh masa pertama. Tersentak dengan gol tersebut, Sabah telah mengatur serangan selepas perlawanan disambung pada masa kedua. Hasilnya pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Park Taesu menyamakan kedudukan hanya selepas lima minit perlawanan berlangsung separuh masa kedua. Perlawanan bertambah menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Beberapa percubaan Sabah seringkali mencemaskan pintu gol pasukan TFCII, termasuk dua jaringan yang dibatalkan kerana offside dan berlaku kekasaran. Gol kedua Sabah pada minit ke-66 hadir selepas Luka Milunovic ...

SABAH BAWA SATU MATA DARI KOTA BHARU

Image
Pasukan Sabah berjaya membawa satu mata berharga dari Kota Bharu selepas memgikat Kelantan 3-3, sebentar tadi. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 apabila pemain importnya Flavio Beck Jr. menyempurnakan sepakan penalti. Jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain-pemain Sabah. Luka Milunovic berjaya membuat tandukan cantik bagi mengikat Kelantan 1-1 pada minit ke-9. Keputusan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan. Aksi separuh masa kedua lebih rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Kelantan  sekali lagi di hadapan pada minit ke-52 apabila pemain bawah-23 tahun kebangsaan, Nik Akif Syahiran meledak gol pertamanya musim ini. Maxsius Musa menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi satu tolakan cantik dari sudut sebelah kanan gawang Kelantan, menjadikan kedudukan terikat 2-2. Maxsius sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-86 bagi meletakkan Sabah di hadapan buat pertama kali. Kemenangan hampir pas...

SABAH FA BURU KEMENANGAN PERTAMA

Image
  Aksi Luka Milunovic ketika bertemu JDTII di Likas Kredit foto: Daily Express Pasukan Sabah FA perlu bangkit pada aksi kedua Liga Perdana 2019 apabila berkunjung ke Kota Bharu bertemu Kelantan, malam ini. Kemenangan perlu diburu segera pasukan yang dikenali dengan gelaran Tambadau ini bagi mengembalikan keyakinan penyokong setelah tewas 1-2 pada perlawanan pertama di Likas ketika bertemu JDTII, Sabtu lepas. Namun, harus diingat bahawa Kelantan juga memerlukan kemenangan apabila mengalami nasib yang sama seperti pasukan Sabah selepas dimalukan 0-1 oleh pasukan yang baharu dinaikkan dari Liga FAM, Selangor United. Apatah lagi pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors tersebut memiliki kelebihan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri. Ia pastinya satu tugas yang sukar buat anak-anak buah Jelius Ating, namun mencapai kemenangan bukanlah misi yang mustahil. Jika sebelum ini Jelius melihat ketumpulan di barisan serangan, masalah itu mungkin sudah diatasi apabi...

SABAH BERMULA DENGAN LANGKAH KIRI

Image
SABAH memulakan kempen Liga Perdana musim 2019 dengan kekalahan di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada JDTII, malam tadi. Pasukan Sabah yang bermain dengan tiga pemain import dilihat lebih menguasai permainan dalam tempoh awal dengan gerakan-gerakan yang menarik. Tuan rumah tidak menunggu lama apabila pemain import baharu, Luka Milonovic meledak gol pembukaan pada minit ke-12 hasil kesilapan pertahanan JDTII yang menghantar bola kepada penjaga gol, Haziq Nadzli. Rodoljub Paunovic membuat tekanan sebelum bola sampai kepada Luka yang mudah menolak masuk ke gawang lawan. Beberapa peluang Sabah hadir selepas itu, namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan. Keputusan tersebut kekal pada separuh masa pertama. Sebaik wisel separuh masa kedua ditiup, JDTII mula memperkemas permainan dengan beberapa gerakan yang mencemaskan pasukan Sabah. Sabri Sahar hampir meletakkan Sabah selesa di hadapan apabila sepakan percumanya hanya terkena tiang sebelah kanan JDTII. Mohammed Ghaddar meny...