Posts

Analisis dan rumusan jelajah Sabah FA di Indonesia

Image
Sabah mengakhiri kempen pramusim di Indonesia dengan keputusan seri 2-2 menentang Persela Lamongan, petang tadi dalam kumpulan B Piala Gubernur Jawa Timur. Sebelum ini Sabah tewas dua perlawanan di tangan Arema FC 0-2) dan Persija Jakarta (0-2) dalam kejohanan tersebut, selain tewas 1-3 di tangan Persebaya Surabaya pada perlawanan persahabatan. Ketua Jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto menurunkan kesemua pemain yang dibawa ke Indonesia sepanjang empat perlawanan. Namun, kem pasukan Sabah sedikit gusar setelah Maxsius Musa dilanda kecederaan bahu dan terpaksa berehat selama sebulan. Apa yang menjadi tumpuan utama sepanjang keberadaan pasukan Sabah di Indonesia adalah corak permainan yang ditampilkan. Rata-rata penyokong dan netizen masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan corak yang ditampilkan pasukan. Namun, perlawanan pramusim ini tidak boleh dijadikan ukuran sepenuhnya kemampuan pasukan Sabah dalam Liga Super. Setiap perlawanan yang dilalui tersebut adalah lebih kepad...

Tahun mencabar buat Sabah FA

Image
Tahun mencabar buat Sabah FA Sekitar Majlis Menandatangani Kontrak Ketua Jurulatih Sabah yang baharu, Kurniawan Dwi Yulianto.- Kredit gambar: Datuk Peter Anthony Oleh: Mohammad Hilmi Ismail Hari ini kita memasuki Tahun 2020. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui pada tahun lalu dan diharapkan menjadi lebih baik pada tahun ini. Harapan itu juga disandarkan kepada pasukan bola sepak Sabah FA yang telah berjaya menjuarai Liga Premier 2019 sekaligus layak ke Liga Super 2020. Harus diingat bahawa saingan di peringkat Liga Super ini tidak seperti Liga Premier. Sudah pasti ia menghadirkan persaingan lebih sengit memandangkan liga ini turut disertai nama-nama besar seperti Johor Darul Takzim, Kedah, Perak, Selangor, Melaka United dan Pahang. Pasukan-pasukan ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka dibarisi pemain-pemain yang cukup berpengalaman. Namun, itu bukan alasan bagi pasukan Sabah untuk tidak memberi saingan sengit pada kali ini. Bagi pasukan Sab...

Piala Malaysia: Sabah tewas kali kedua

Image
Paunovic meraihkan jaringannya menerusi sepakan penalti. Kredit: Malaysian Football League Misi untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia nampaknya semakin sukar buat pasukan Sabah apabila tewas buat kali kedua dalam peringkat kumpulan. Selepas tumpas 3-0 di tangan Perak tiga hari lalu, Sabah turut mengalami nasib sama ketika berhadapan Pulau Pinang, sebentar tadi. Dalam perlawanan tersebut, Sabah tewas 1-2 yang menyaksikan Evan Wensley melakukan kesilapan yang tidak disengajakan sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan Harimau Kumbang itu. Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan Pulau Pinang dengan serangan-serangan berbahaya. Sebelum itu, Sabah terlebih dahulu mengancam kubu tuan rumah menerusi Ahmet Atayev. Namun, percubaan pemain import dari Turkmenistan itu sedikit tersasar. Anak-anak buah Manzor Azwira membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menerusi Julian Bottaro apabila berjaya melepasi perangkap offside...

Piala Malaysia: Sabah mampu lakar kejutan di Ipoh

Image
Sabah bakal membuka tirai saingan dalam Piala Malaysia apabila menentang Perak, malam ini. Perlawanan yang diadakan di Stadium Perak, Ipoh ini sudah pasti menjadi antara perlawanan tumpuan memandangkan kedua-dua pasukan diundi dalam "kumpulan maut" bersama Pahang dan Pulau Pinang. Skuad kendalian Jelius Ating yang merupakan Juara Liga Premier musim ini dilihat cukup bersedia menghadapi Piala Malaysia selepas meneruskan momentum positif dalam dua aksi persahabatan menentang UKM FC, minggu lalu. Pasukan Perak pula berada dalam prestasi konsisten dan terbaharu, skuad Seladang ini berjaya menjadi naib juara Piala FA selepas tewas di tangan Kedah pada saat akhir. Pasukan Sabah pastinya akan turun dengan misi membawa pulang tiga mata dari tempat lawan biarpun menyedari reputasi tuan rumah yang cukup baik. Namun, aura yang diterapkan Jelius Ating dalam pasukan ini mampu menampilkan satu kejutan yang semestinya diharapkan seluruh penyokong pasukan Sabah. Perak juga...

Sabah pertaruh pemain simpanan hadapi Terengganu FC II

Image
Sang Juara Liga Perdana Malaysia 2019, Sabah berkunjung ke Kuala Terengganu untuk menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. Skuad bimbingan Jelius Ating sudah pun mengesahkan kejuaraan lebih awal. Pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda ini sudah pasti mahu melengkapkan perlawanan terakhir loga dengan nota kemenangan. Jelius seperti dilaporkan sebuah portal sukan bakal menurunkan beberapa pemain simpanan yang jarang bermain sebelum ini.  Menurutnya, ia bukanlah menganggap aksi ini tidak penting. Sebaliknya, beliau mahu mengelakkan risiko beberapa pemain yang berpotensi digantung perlawanan. Rodoljub Paunovic, Dendy Lowa, dan Mafry Balang merupakan pemain yang bakal digantung perlawanan sekiranya mengutip kad kuning seterusnya. Pada masa sama, beberapa pemain utama juga dikatakan tidak begitu cergas akibat mengalami sedikit kecederaan. Walau bagaimanapun, Jelius tetap menuntut aksi terbaik daripada anak-anak buahnya da...

Malam gemilang Sabah FA: Tewaskan Kelantan, julang trofi Liga Premier 2019

Image
Antara aksi menarik dalam perlawanan di antara Sabah menentang Kelantan, malam tadi. Kredit foto: Malaysian Football League Sabah meneruskan momentum kemenangan dalam baki saingan Liga Premier Malaysia 2019 dengan menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Likas, malam tadi. Lebih manis lagi apabila kemenangan tersebut menjadi pelengkap kepada malam bersejarah pasukan Sabah menjulang trofi Liga Premier Malaysia selepas mengesahkan kejuaraan pada perlawanan menentang UiTM FC, Selasa lalu. Dalam aksi di hadapan lebih 10 ribu penonton yang hadir, Sabah dan Kelantan mempamerkan aksi berhati-hati ketika hujan turun sepanjang perlawanan. Kelantan hampir mendahului tuan rumah pada minit ke-7 apabila pemain import mereka, L'Imam Seydi berjaya melepasi kawalan Rawilson Batuil. Percubaan Seydi yang turut menewaskan penjaga gol Rozaimie Rohim bagaimanapun sempat diselamatkan Mafry Balang sebelum melepasi garisan gol. Selepas itu, Sabah mengatur serangan demi serangan. Sepakan percuma A...

Sabah sah dinobatkan juara Liga Premier 2019

Image
Rodoljub Paunovic berusaha melepasi kawalan ketat pemain UiTM FC. Kredit foto: Malaysia Football League Kegemilangan pasukan Sabah FA berterusan apabila mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2019 selepas menumpaskan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi. Kejayaan itu lebih bermakna selepas mereka terlebih dahulu mengesahkan kemaraan dalam saingan Liga Super musim depan apabila menewaskan Johor Darul Takzim II pada Jumaat lepas. Sabah yang mempunyai baki tiga perlawanan sebelum ini tidak mensia-siakan peluang merangkul kejuaraan lebih awal. Perlawanan malam tadi menyaksikan penguasaan pasukan Sabah walaupun tanpa kehadiran dua tonggak import, iaitu Park Taesu dan Ahmet Atayev yang digantung perlawanan akibat menerima jumlah kad kuning dalam beberapa perlawanan berturut-turut. Separuh masa pertama dilihat Sabah menguasai permainan dengan deretan peluang terhidang. Ricco Nigel Milus membuat percubaan pertama pada minit ke-7. Namun, rembatannya dari luar kotak penalt...